Wednesday, July 22, 2009

科学-材料世界

木材 - 有浮力 , 电与热的绝缘体 , 不透明。
塑料 - 有浮力,电与热的绝缘体,可让光线透过。
玻璃 - 电与热的绝缘体,可让光线透过。
橡胶 - 有伸展力,电与热的绝缘体,不透明。
金属 - 电导体,导热,不透明。
棉花 - 有吸水力,不透明,绝缘体。

Friday, July 17, 2009

Laporan Sukan Tahunan Sekolah

Laporan Sukan Tahunan SJK ( C ) Sin Min, Simpang

SJK ( C ) Sin Min telah mengadakan Hari Sukan Tahunan Kali ke-42 pada 22 Mac 2009 ( Sabtu ). Tujuan Hari Sukan ini adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.

Pada pukul 8 pagi, murid-murid berkumpul di gelanggang untuk mengadakan perbarisan. Selepas itu, tetamu kehormat, iaitu Pengawai Pengarah Daerah dijemput untuk memberi ucapan dan merasmikan pembukaan Hari Sukan. Seterusnya, 2 orang wakil ahli sukan berikrar di depan tetamu kehormat.

Pada pukul 9 pagi, pertandingan sukan dimulakan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti larian pecut, larian berganti-ganti, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Pertandingan telah diakhiri dengan acara tarik tali.

Keputusan pertandingan itu telah diumumkan oleh juruacara. Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan. Saudara Hanif dipilih sebagai olahragawan manakala Aw Mei Theng dipilih sebagai olahragawati. Semua warga sekolah bersurai pada pukul 12 tengah hari selepas membersihkan kawasan sekolah.

Monday, July 13, 2009

The result of English Story Telling Competition of Year 3

First :Tan Wei May
Second:Tan Ying Qi
Third :Lee Xiao Ying

Wednesday, July 8, 2009

Monday, July 6, 2009

Simpulan Bahasa

1. Cakar ayam - tulisan yang buruk dan tidak kemas

2. Tidur-tidur ayam - tidur dengan tidak lena

3. kaki ayam - tidak berkasut

4. rabun ayam - tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.

5. ringan tangan - rajin bekerja

6. panjang tangan - suka mencuri

Sambutan Hari Guru

16 Mei ialah Hari Guru. Dewan sekolah saya telah dihias dengan cantik. Murid-murid dan guru-guru menyambut Hari Guru bersama-sama di dewan.

Pada pukul lapan pagi, sambutan Hari Guru dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Selepas itu, guru besar telah dijemput untuk berucap. Beliau berterima kasih kepada para guru kerana telah bekerjasama untuk menjayakan setiap program yang telah dijalankan.

Seterusnya, dua orang guru telah diwakilkan untuk membaca surat perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan Menteri Pelajaran. Upacara sambutan diikuti dengan persembahan murid-murid seperti teka-teki, lakonan, nyanyian dan mendeklamasikan sajak. Persembahan murid-murid telah menghiburkan hati para guru. Selepas sambutan berakhir, murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru yang dihormati mereka.

Jamuan ringan telah disediakan oleh ibu bapa- ibu bapa untuk semua guru. Guru-guru dan murid-murid berasa gembira sangat.

Tujuan sambutan Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan ke atas jasa dan penngorbanan guru-guru. Untuk membalas budi mereka, murid-murid hendaklah berusaha menjadi murid yang berdisiplin dan rajin belajar.