Wednesday, November 18, 2009
Friday, October 30, 2009
Congratulation
congratulation to Sin Min's teacher who get grade 4 in PTK. The others try your best again. Best wish to u all.
Sunday, October 25, 2009
Simpulan Bahasa
Anak
1. anak angkat
2. anak yatim
3. anak kembar
4. anak emas
5. anak kandung
Tangan
1. panjang tangan
2. berat tangan
3. cepat tangan
4. tangan terbuka
1. anak angkat
2. anak yatim
3. anak kembar
4. anak emas
5. anak kandung
Tangan
1. panjang tangan
2. berat tangan
3. cepat tangan
4. tangan terbuka
Wednesday, October 14, 2009
Friday, October 2, 2009
Sambutan Hari Kebangsaan
Tanggal 31 Ogos setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Pada pukul 7.40 pagi, para warga sekolah saya berkumpul di padang untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Kawasan sekalah telah dihias dengan bendera-bendera Jalur Gemilang. Pertandingan melukis dan menghias kelas telah diadakan.
Upacara sambutan Hari kemerdekaan dimulakan dengan perbarisan murid-murid yang membawa Jalur gemilang. Seterusnya, semua warga sekolah berdiri tegak semasa upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dilangsung. Tiga orang guru telah membaca perutusan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Kemudian, Guru Besar diundang untuk memberi ucapan. Beliau telah menasihati murid-murid agar menghargai negara kita dan sentiasa menjaga nama baik negara kita.
Selepas itu, sekumpulan murid mengadakan persembahan lakonan yang berceritakan bekas perdana menteri yang pertama telah membawa kemerdekaan kepada negara kita. Lakonan mereka amat menarik dan mendapat tepukan yang menggalakkan daripda para penonton.
Sebelum bersurai, semua warga sekolah melambai-lambaikan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patrioktik yang lain. Saudari Teoh Peh Theng telah memenangi pertandingan melukis manakala kelas 4T telah menjadi johan dalam pertandingan menghias kelas.
Majlis sambutan itu telah tamat pada pukul 10 pagi. Melalui sambutan itu, generasi muda dapat megetahui sejarah kemerdekaan negara dan seterusnya menjaga keamanan negara dengan sungguh-sungguh.

Wednesday, July 22, 2009
科学-材料世界
木材 - 有浮力 , 电与热的绝缘体 , 不透明。
塑料 - 有浮力,电与热的绝缘体,可让光线透过。
玻璃 - 电与热的绝缘体,可让光线透过。
橡胶 - 有伸展力,电与热的绝缘体,不透明。
金属 - 电导体,导热,不透明。
棉花 - 有吸水力,不透明,绝缘体。
塑料 - 有浮力,电与热的绝缘体,可让光线透过。
玻璃 - 电与热的绝缘体,可让光线透过。
橡胶 - 有伸展力,电与热的绝缘体,不透明。
金属 - 电导体,导热,不透明。
棉花 - 有吸水力,不透明,绝缘体。
Friday, July 17, 2009
Laporan Sukan Tahunan Sekolah
Laporan Sukan Tahunan SJK ( C ) Sin Min, Simpang
SJK ( C ) Sin Min telah mengadakan Hari Sukan Tahunan Kali ke-42 pada 22 Mac 2009 ( Sabtu ). Tujuan Hari Sukan ini adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.
Pada pukul 8 pagi, murid-murid berkumpul di gelanggang untuk mengadakan perbarisan. Selepas itu, tetamu kehormat, iaitu Pengawai Pengarah Daerah dijemput untuk memberi ucapan dan merasmikan pembukaan Hari Sukan. Seterusnya, 2 orang wakil ahli sukan berikrar di depan tetamu kehormat.
Pada pukul 9 pagi, pertandingan sukan dimulakan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti larian pecut, larian berganti-ganti, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Pertandingan telah diakhiri dengan acara tarik tali.
Keputusan pertandingan itu telah diumumkan oleh juruacara. Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan. Saudara Hanif dipilih sebagai olahragawan manakala Aw Mei Theng dipilih sebagai olahragawati. Semua warga sekolah bersurai pada pukul 12 tengah hari selepas membersihkan kawasan sekolah.
Monday, July 13, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Monday, July 6, 2009
Simpulan Bahasa
1. Cakar ayam - tulisan yang buruk dan tidak kemas
2. Tidur-tidur ayam - tidur dengan tidak lena
3. kaki ayam - tidak berkasut
4. rabun ayam - tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.
5. ringan tangan - rajin bekerja
6. panjang tangan - suka mencuri

Sambutan Hari Guru
16 Mei ialah Hari Guru. Dewan sekolah saya telah dihias dengan cantik. Murid-murid dan guru-guru menyambut Hari Guru bersama-sama di dewan.
Pada pukul lapan pagi, sambutan Hari Guru dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Selepas itu, guru besar telah dijemput untuk berucap. Beliau berterima kasih kepada para guru kerana telah bekerjasama untuk menjayakan setiap program yang telah dijalankan.
Seterusnya, dua orang guru telah diwakilkan untuk membaca surat perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan Menteri Pelajaran. Upacara sambutan diikuti dengan persembahan murid-murid seperti teka-teki, lakonan, nyanyian dan mendeklamasikan sajak. Persembahan murid-murid telah menghiburkan hati para guru. Selepas sambutan berakhir, murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru yang dihormati mereka.
Jamuan ringan telah disediakan oleh ibu bapa- ibu bapa untuk semua guru. Guru-guru dan murid-murid berasa gembira sangat.
Tujuan sambutan Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan ke atas jasa dan penngorbanan guru-guru. Untuk membalas budi mereka, murid-murid hendaklah berusaha menjadi murid yang berdisiplin dan rajin belajar.

Wednesday, May 27, 2009
Tatabahasa
K.G.N. Pertama | K.G.N.Kedua | K.G.N.Ketiga |
saya, aku, beta, patik, hamba
| awak, engkau, anda, kamu
kalian | dia, -nya, beliau, baginda
|
hasil karangan murid
Aku Sebuah Buku
Aku sebuah buku. Aku diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Aku sangat tebal dan kulit hadapanku berwarna-warni.
Selepas dihantar ke sebuah kedai buku, aku dipamerkan di atas rak buku. Aku berharga RM30.
tidak lama kemudian, aku dibeli oleh seorang pemudi. Dia bernama Lily. Dia seorang pelajar di SMK Sri Kota. Dia sangat rajin membaca. Dia telah membacaku sebanyak tiga kali.
Pada suatu hari, sepupu Lily telah meminjamku. Dia tidak menjagaku dengan baik. Aku telah dikoyak oleh adiknya semasa mereka bertengkar. Namun, tuanku tidak membuangku ke dalam tong sampah. Dia telah melekatku semula lalu menyimpanku di dalam almari.
Aku berasa bertuah kerana tuanku pandai menghargai barang sendiri. Aku berharap agar tuanku sayang akanku selama-lamanya.

Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)